Kementerian Kesihatan Mesir dalam satu kenyataan berkata, nahas itu turut mengakibatkan sebanyak 123 orang cedera.

Pegawai kementerian pengangkutan, yang dipetik di televisyen tempatan sebagai berkata, nahas itu mungkin disebabkan oleh kerosakan pada satu daripada kereta api berkenaan yang mengakibatkannya terhenti di atas landasan sebelum dirempuh sebuah lagi kereta api.

Sebuah kereta api itu sedang menghala dari Kaherah ke Iskandariah manakala satu lagi dari bandar Port Said ke Iskandariah. - AFP