Menurut Pentadbiran Kese­la­matan Kerja Negeri, insiden ter­sebut berlaku di terowong Qinling di bandar Ankang, wilayah Shaanxi malam semalam.

“Bas itu rosak teruk,” kata Pentadbiran Keselamatan Kerja Nege­ri dalam satu kenyataan dikeluar­kan sambil menambah mereka sedang menyiasat punca kejadian.

Walau bagaimanapun, masih belum disahkan sama ada nahas terbabit berlaku di dalam atau luar terowong berkenaan.

Ketika kejadian, bas terbabit dalam perjalanan dari bandar Chengdu di barat daya China ke bandar Luoyang di wilayah Henan sebelum ia gagal dikawal dan me­rempuh tembok berkenaan.

Rakaman imej yang dikeluarkan oleh agensi berita rasmi China, Xinhua menunjukkan bahagian hadapan bas berkenaan remuk akibat kemalangan tersebut.

Selain itu, foto tersebut turut memaparkan trak tunda berada di tempat kejadian dan anggota penyelamat sedang menyiasat ke­rosakan di kawasan kejadian.

Kesemua mereka yang cedera sudah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut. – AFP