Polis dan tentera Sri Lanka kini sedang giat mencari mangsa yang terselamat dalam kejadian di kawasan Wellawatta.

“Kami sedang meneruskan pencarian ketika buruh binaan di lokasi mendakwa terdapat tiga mangsa terperangkap di sebalik sisa runtuhan bangunan itu,” kata seorang jurucakap polis. - DPA