Sekurang-kurangnya 10 orang pejuang daripada Angkatan Penggerak Popular (PMF) hilang.

Menurut pegawai keselamatan tempatan berkata, pihak berkuasa sedang mencari anggota Daesh yang menyamar berpakaian seperti polis dan melancarkan serangan terbabit.

“Daesh menyerang konvoi PMF, mengambil kesempatan di sebalik cuaca hujan dan buruk. Kami khuatir kesemua pejuang yang hilang telah dibunuh,” kata komander PMF, Abbas al-Jabouri. - REUTERS