Lembaga Peperiksaan Singapura (SEAB) hari ini menyatakan bahawa satu bungkusan yang mengandungi 238 kertas peperiksaan itu dipercayai dicuri dari sebuah syarikat kurier di Britain sebelum dihantar untuk diperiksa.

Ketua Eksekutifnya, Tan Lay Choo berkata, pihak berkuasa Britain kini sedang menyiasat kejadian tersebut dan SEAB akan memberi sokongan kepada semua pihak yang terlibat.

“Kami memahami segala kebimbangan yang dialami oleh pelajar-pelajar yang terlibat dan sehubungan itu kami saling berhubung antara satu sama lain bagi memastikan kes tersebut dapat diselesaikan segera,” katanya. - REUTERS