Menurut laporan akhbar milik Kementerian Pertahanan, Krasnaya Zvezda, pesawat Rusia telah dikerahkan bagi menghalang pesawat asing daripada memasuki ruang udara negara ini.

Lapor agensi berita Xinhua, pesawat perisik asing sering kali dilaporkan terbang berhampiran sempadan Rusia.

November lalu, pesawat Tentera Laut EP-3E Aries dipintas oleh jet pejuang SU-27 milik Rusia di Laut Hitam. - BERNAMA