Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, angka tersebut dimaklumkan oleh pendatang yang terselamat manakala pengawal pantai Libya menahan 762 pendatang yang cuba menyeberang Itali menggunakan bot getah dalam tempoh dua hari lalu.

Walau bagaimanapun jumlah mereka yang cuba menyeberang ke Eropah telah menurun secara drastik sejak Julai lalu berikutan kawalan ketat pengawal pantai dengan sokongan Kesatuan Eropah (EU). - Reuters