AFP melaporkan, Gabenor Hidalgo, Omar Fayad memberitahu, ketika kejadian orang ramai dikatakan sedang berebut-rebut untuk mengambil minyak yang bocor daripada paip tersebut.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador yang menyatakan kebimbangan di Twitternya turut meminta pihak penguasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung pengoperasian saluran paip minyak haram itu berikutan kerajaan kehilangan sumber pendapatan negara dalam skala yang besar. - AGENSI