Ketua Tentera Kawalan Sempadan Ke-4 Daerah Betong, Kapten Phanupong Chanawanno berkata, seorang pemandu teksi, 62, warga tempatan juga ditahan kerana cuba menyeludup kura-kura yang disenaraikan sebagai spesies terancam oleh Kesatuan Pemeliharaan Alam Semula jadi Antarabangsa (IUCN).

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira 3.30 petang (waktu tempatan) di Kompleks Imigresen, Kastam, dan Kuarantin (CIQ) Betong, anggota tentera dan kastam yang memeriksa sebuah teksi telah menemukan empat kotak kasut dalam bonet kenderaan itu.

"Pemeriksaan lanjut menemukan 21 ekor kura-kura radiasi. Berdasarkan keterangan, suspek telah mengambil empat kotak kasut tersebut di sebuah stesen minyak di Keroh, kira-kira dua kilometer dari CIQ Betong untuk dihantar ke Yala.

"Suspek tidak mengetahui ia adalah salah di sisi undang-undang untuk membawa kura-kura jenis tersebut," katanya kepada pemberita hari ini.

Harga pasaran seekor kura-kura radiasi boleh mencecah RM10,000, katanya. – BERNAMA