BBC melaporkan, gelombang haba itu boleh menjejaskan kira-kira 200 juta penduduk di beberapa bandar utama termasuk New York, Washington dan Boston serta Midwest.

Di beberapa tempat, suhu boleh mencecah 38 darjah Celsius, selain Kanada turut me­nerima tempias fenoma itu.

Dunia mengalami cuaca paling panas pada Jun tahun ini dengan suhu purata global direkodkan setinggi 16.4 darjah Celsius.

Pada awal bulan ini, negeri Alaska merekodkan suhu paling tinggi, selain keadaan itu juga berlaku di Colorado dan Kansas.

Sehubungan itu, Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memberi amaran bahawa cuaca panas akan berterusan sehingga hujung minggu ini dan menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Datuk Bandar New York, Bill Blasio mengisytiharkan ‘darurat tempatan’ di bandar raya itu berikutan cuaca panas dan membuka sebanyak 500 pusat bantuan.

Beliau turut mendesak penduduk New York supaya mengambil serius tentang cuaca ketika ini dan kekal dehidrasi.

Di Kanada, amaran cuaca panas dikeluarkan di beberapa wilayah termasuk Quebec, Ontario dan Nova Scotia.

Pakar meteorologi pula meramalkan suhu di bandar Montreal boleh mencecah sehingga 45 darjah Celsius dalam tempoh dua hari akan datang. – AGENSI