Serangan udara itu menyasar kepada Komander Taliban tempatan, Sharif Mawiya dalam siri operasi ke atas komander pemberontak kanan berkenaan.

Gabenor Kunar, Abdul Satar Mirzakwal berkata, operasi tersebut dijalankan tentera Afghanistan pada Daerah Sheltan membunuh 38 Taliban dan ahli Al-Qaeda termasuk empat warga asing disamping mencederakan 12 orang.

“Operasi menyasarkan Sharif yang dipercayai menjadi fasilitator bersama militan Al-Qaeda.

“Kita juga telah menghantar pasukan pencarian ke tempat sasaran bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Mengikut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sebanyak 313 orang awam terbunuh dan 336 cedera dalam serangan udara oleh Amerika Syarikat dan Afghanistan sehingga September lalu.

Sementara itu, Ahli Majlis Wilayah itu, Abdul Latif Fazly memberitahu, mangsa-mangsa terdiri daripada lapan wanita dan 12 kanak-kanak terbunuh serta 15 orang awam lain cedera dalam insiden berkenaan.

Bagi jurucakap misi ‘Resolute Support’ diketuai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) memberitahu, mereka tidak ada melancarkan serangan udara di Kunar ketika masa kejadian berkenaan. - REUTERS