Portal The Times of India melaporkan, berdasarkan siasatan awal, polis mendapati pembunuhan ke atas binatang itu adalah pembunuhan terancang yang dilakukan oleh dua suspek itu, Moutusi Mondal dan Soma Burman dengan bantuan tiga rakannya.

Kata jurucakap polis, suspek bertindak meletakkan umpan berupa biskut di beberapa lokasi yang menjadi sasaran binatang itu di kolej mereka.

“Apabila anak anjing itu menuju makanan itu, rakan-rakan suspek akan berdiri di pintu keluar bagi menghalang anjing itu daripada lari sementara dua suspek utama itu akan melakukan ‘kerja’ mereka,” katanya. -AGENSI