Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, helikopter buatan Soviet, Mi-17 terbakar selepas jatuh daripada ketinggian 50 meter kira-kira pukul 8.30 malam, tidak jauh dari pangkalan tentera udara Krumovo.

"Dua daripada tiga orang krew maut akibat nahas helikopter dengan penumpang ketiga yang cedera dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar," kata kenyataan itu. - AFP