Jurucakap Organisasi Persempadan Jalan India (BRO) memberitahu, kedua-dua mayat yang ditemui di Khardungla itu telah dihantar menaiki helikopter ke Zanskar.

“Kita masih meneruskan operasi untuk mencari tiga lagi mangsa yang masih hilang,” katanya.

Times of India melaporkan, trak yang membawa 10 penumpang termasuk pemandu terperangkap di dalam runtuhan salji dengan kedalaman kira-kira 800 meter, semalam. -AGENSI