BEIRUT 15 Jan. - Sekurang-kurangnya 15 kanak-kanak pelarian Syria dilaporkan maut ekoran suhu sejuk melampau dan kekurangan penjagaan kesihatan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) berkata lapan daripada mangsa meninggal dunia akibat suhu sejuk di kem Rukban, tenggara Syria dan tujuh lagi ketika berpindah dari bandar Hajin.
“Suhu sejuk dan keadaan kehidupan yang sukar di Rukban, meningkatkan lagi risiko kepada kanak-kanak berkenaan.
“Dalam masa sebulan, sekurang-kurangnya lapan kanak-kanak - kebanyakan daripada mereka berusia bawah empat bulan dan paling muda berumur satu jam - telah mati,” kata pengarah rantau UNICEF, Geert Cappelaere. - AFP