Polis berkata hampir 100 orang anggota kumpulan berkenaan dijumpai di daerah Gadchiroli, kira-kira 900 kilometer timur Mumbai dan diarahkan untuk menyerah diri.

Namun mereka bertindak melepaskan tembakan, mencetuskan pertempuran dengan unit polis khas yang berlarutan berjam lamanya.

“Kami meneruskan operasi pencarian di kawasan berkenaan. Setakat ini kami menemukan 14 mayat,” kata ketua operasi anti-Maoist, Sharad Shelar kepada AFP. - AFP