Kementerian Pertahanan berkata, tentera Afghanistan telah melancarkan 10 operasi, 89 serbuan pada sebelah malam dan operasi kecil-kecilan yang dipimpin oleh komando di 15 daripada 34 wilayah dalam negara itu.

Pasukan tentera udara Afghanistan turut melancarkan 20 serangan udara terhadap militan, menurut kenyataan kementerian itu.

Pasukan pelupusan bom telah memusnahkan sejumlah 128 bahan letupan yang telah diubah suai (IED) dan periuk api.

Pasukan keselamatan Afghanistan dan tentera pimpinan NATO (Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara) telah mempertingkat serangan darat serta udara ke atas militan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. - BERNAMA