Kejadian yang berlaku pada pukul 6 pagi waktu tempatan mengakibatkan bas dan belakang lori terbabit terbakar.

Bas yang membawa seramai 33 penumpang itu dalam perjalanan dari Istanbul ke wilayah Tokat.

Televisyen tempatan menyiarkan rakaman video menunjukkan bas berkenaan hangus manakala jumlah mangsa yang terkorban masih belum diketahui. - Bernama