Menurut Persatuan Kelab Penjara Palestin dalam satu kenyataan dikeluarkan, banduan mengalami kecederaan selepas diserang bertubi-tubi oleh pengawal penjara.

Tambah kenyataan itu, pengawal penjara menggunakan peluru besi bersalut getah, gas pemedih mata, kayu dan anjing.

“Kebanyakan daripada banduan dimasukkan ke hospital,” ujar kenyataan tersebut.

Persatuan itu memberi amaran bahawa tindakan agresif terhadap banduan adalah keterlaluan dan tidak pernah berlaku dalam tempoh 10 tahun. - BERNAMA