Letupan itu berlaku di sebuah loji dikendalikan oleh firma Multitabs ketika kerja-kerja penyelenggaraan sedang dijalankan, menurut pegawai bomba tempatan yang enggan dikenali.

“Saya mendengar satu letupan kuat ketika sedang minum teh di luar. Saya lihat tingkap, pintu, kaca, jentera dan dinding melayang akibat letupan,” kata pemandu kilang, Hafiz Mostafa.

Kilang itu ditutup selama 10 hari sempena cuti Hari Raya Aidilfitri dan bersedia memulakan semula operasi pada hari ini. - REUTERS