Itu konsep Eco Free Market yang berlangsung kali pertama pada tahun ini oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, baru-baru ini.

Antara barangan sama ada yang baharu atau terpakai sumbangan orang ramai itu adalah pakaian, aksesori, hiasan rumah, permainan kanak-kanak, alat elektronik, alat tulis dan bahan bacaan. 

Ketua Bahagian Komunikasi dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program tersebut menarik penyertaan sebanyak 92 penyumbang yang membawa barang- barang keperluan masih berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.

“Matlamat penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan konsep pasar percuma kepada orang ramai. 

"Selain itu, ia juga diharapkan dapat memupuk semangat bersedekah kepada   golongan memerlukan. Penyaluran dan   edaran semula barangan terpakai secara percuma merupakan alternatif bagi mengelakkan pembaziran serta mengurangkan pembuangan barangan terpakai ke tapak pelupusan sampah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Kira-kira 1,000 orang mengunjungi Eco Free Market.

Yang turut hadir ialah Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan. - UTUSAN ONLINE