Video yang tular sejak semalam itu menunjukkan wanita yang sarat mengandung itu masuk ke dalam pengangkutan awam berkenaan, terpaksa berdiri kerana tiada tempat duduk yang kosong.

Penumpang-penumpang lain ternyata tidak terpanggil untuk menawarkan tempat duduk kepada wanita hamil ini.

Melihatkan keadaan itu, seorang kanak-kanak lelaki yang lengkap berpakaian seragam sekolah, bingkas bangun dan menawarkan tempat duduknya kepada wanita yang hamil itu.

Walaubagaimanapun, video yang tular itu merupakan satu eksperimen sosial oleh selebriti terkenal, Ally Iskandar.

Video yang berdurasi 40 saat itu menerima lebih 100,000 tontonan di laman media sosial, Facebook. – UTUSAN ONLINE