Terdahulu, tujuh buah bot menyusuri Sungai Perak membawa hulubalang yang memakai busana Melayu tradisional sambil diiringi alunan selawat serta tiupan tetuang.


Kehadiran hulubalang tersebut kemudian dinantikan oleh kumpulan ulama yang berada di tengah-tengah dataran sebelum bersatu dengan kelompok bangsawan Melayu membentuk satu himpunan.


Pada himpunan itu, Pengerusi Majlis Muafakat Melayu, Raja Shahriman Raja Aziddin membacakan watikah pengisytiharan Hari Melayu Sedunia Kali Ke-2 di sini.


Majlis turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Abdul Yazid; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Datuk Mohamad Kamil Shafie dan ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman - UTUSAN ONLINE