Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Ketua Polis negeri, Datuk Azisman Alias dan timbalannya, Asisten Komisioner Md. Zamri Mat Zanu.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Sementara itu, Azisman semasa berucap mengulangi komitmen bahawa polis negeri ini akan memantapkan lagi pelaksanaan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan Perlis menjadi negeri paling selamat, harmoni, sejahtera dan sentiasa maju ke hadapan di bawah naungan Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Tengku Fauziah.

Dalam pada itu, Tuanku Tengku Fauziah turut berkenan mengurniakan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir dan juga hadiah-hadiah kepada para pemenang kategori gerai cantik.

Hampir 2,000 tetamu daripada kalangan kepimpinan negeri, masyarakat, rakan strategik dan juga warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perlis menghadiri majlis rumah terbuka itu. - UTUSAN ONLINE