Jika sebelum ini dia perlu menguruskan anak keduanya yang lumpuh separuh badan akibat kemalangan sejak tahun 2010, kini dia diduga lagi.

Anak sulungnya, Mohd. Faisal Rosli, 34, yang selama ini menjadi ketua keluarga ditimpa kemala­ngan di tempat kerja pada Januari lalu.

Mohd. Faisal ketika itu bertugas sebagai penyelia kolam renang di sebuah hotel di Johor Baharu.

“Hanya Allah yang tahu pe­rasaan saya sebagai ibu. Namun saya reda dengan ketentuanNya dan sentiasa berdoa agar saya dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjaga mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kediamannya di Batu Caves, Selangor, baru-baru ini.

Terdahulu wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) ca­wa­ngan Kuala Lumpur me­nyam­paikan sumbangan pera­latan pemulihan kepada Mohd. Faisal.

Kamaliah berkata, kecederaan pada bahagian kepala yang dialami anaknya menyebabkan pergerakannya terbatas dan tidak mampu me­nguruskan diri sendiri.

“Saya bersyukur kerana pihak majikan dan Perkeso pri­hatin de­ngan keadaan anak saya.

Sementara itu, Penolong Pe­ngarah Perkeso Kuala Lumpur, Rosimah Arsah, berkata, pene­rima layak mendapat faedah Per­keso di bawah Skim Pencen Ilat sebanyak RM795.46 dan Elaun La­yanan Sentiasa seba­nyak RM500 sebulan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sum­bangan kewangan ke akaun Maybank Rosli Mohd. Darus ber­nombor 1640 7052 4885.­