Peruntukan itu dinyatakan Pengerusinya, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh selain memaklumkan kesemua cermin mata itu akan disalurkan secara berperingkat-peringkat di setiap Pusat Daerah Pengundi (PDM) di kawasan Parlimen berkenaan.

"Bantuan cermin mata ini walaupun nampak biasa, ia sebenarnya memberi manfaat besar kepada rakyat terutamanya dari golongan yang kurang berkemampuan. Ini kerana kos untuk membuat cermin mata bukannya murah.

"Maka, atas inisiatif kita (BN), kita sediakan kemudahan ini untuk rakyat sekaligus meringankan beban kewangan mereka.

"Semua lapisan rakyat daripada kanak-kanak hinggalah warga emas kita sediakan bantuan ini dan mereka boleh dapatkan secara percuma melalui Ketua PDM masing-masing atau di Pejabat Khidmat Ahli Parlimen Sabak Bernam," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Fasiah yang juga Ahli Parlimen Sabak Bernam menyampaikan 450 pasang cermin mata kepada para penerima di empat PDM di sini membabitkan kawasan Bagan Nakhoda Omar, Teluk Rhu, Sungai Air Tawar dan Sabak. - UTUSAN ONLINE.