Noorzainy

Suspek berusia 27 tahun itu ditahan di sebuah rumah kira-kira pukul 1 pagi oleh pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU).

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek dikatakan bertindak mencabul kehormatan wanita berusia 22 tahun itu ketika mereka sedang bekerja.

"Suspek dikatakan telah datang ke arah mangsa dan terus memegang payu dara sebelah kanannya.

"Selepas itu mangsa telah memarahi suspek dan memberitahu akan membuat laporan polis sebelum suspek beredar sambil tersenyum seolah-olah tidak berlaku apa-apa," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Noorzainy berkata, hasil siasatan polis mendapati tempat kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi lain yang melihat kejadian berlaku.

"Hasil soal siasat awal mendapati suspek yang merupakan ketua bahagian pengeluaran itu tidak mengaku mencabul mangsa.

"Dia bagaimanapun mengaku ada menolak mangsa pada bahagian buah dada berpunca kerana mangsa memaki hamunnya di tempat mereka bekerja," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan. - UTUSAN ONLINE