Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut tidak memiliki sebarang lesen atau kebenaran bertulis yang sah untuk berurusan dalam aktiviti melibatkan barang kawalan itu.

Menurut beliau, lelaki berkenaan juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau yang sama di negeri ini pada tahun 2014 dan telah pun dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

"Pada 5 April 2018, kira-kira pukul 12 tengah hari, sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNKK Perak terdiri daripada empat anggota telah menerima serahan kes daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Gopeng.

"Berdasarkan keterangan suspek, minyak diesel itu dibeli daripada pemandu lori sebuah syarikat di sekitar Kampar dan Gopeng pada harga RM1 seliter.

"Minyak diesel ini disedut keluar daripada tangki asal lori ke tong-tong kosong menggunakan wayar dan pemampat kenderaan sebelum ia digunakan oleh suspek bagi menggerakkan mesin pam air di kebun sayur miliknya sendiri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. - UTUSAN ONLINE