Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Wanita warga Myanmar maut ditikam

KUALA LUMPUR 20 Mac – Seorang wanita warga Myanmar ditemukan maut di atas katil dengan kesan lima tikaman pada badan di sebuah bilik di rumah kedai di Jalan Genting Klang, Setapak di sini semalam.

WANITA warga Myanmar ditemukan maut.
WANITA warga Myanmar ditemukan maut.

Mangsa berusia 26 tahun yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Mengenai Pela­rian (UNHCR) itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah oleh teman lelakinya kira-kira pukul 8.45 malam di sebuah bilik di tingkat satu rumah kedai ber­kenaan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, mang­sa dipercayai ditikam di bahagian dada dan dikelar di le­ngan kanan.

Menurutnya, mang­sa menyewa di bilik rumah berkenaan sejak dua bulan lalu bersama seorang lelaki warga Myanmar yang berusia 27 tahun yang merupakan teman lelakinya.

Jelasnya, berdasarkan pe­me­riksaan awal, berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek susulan penemuan percikan darah pada dinding namun pihaknya percaya mangsa dibunuh oleh individu yang dikenalinya kerana tiada unsur pecah masuk dalam bilik berkenaan.

“Kita merampas sebilah pisau yang disorokkan di bawah katil di bilik wanita itu ditemukan. Selain itu, kita akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tangga berhampiran tempat kejadian.

“Tiga lelaki iaitu warga Vietnam, Indonesia serta teman lelaki mangsa yang berusia lingkungan 25 hingga 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ke­pada pemberita dalam satu sidang akhbar di Ibu pejabat Dae­rah (IPD) Wangsa Maju, di sini hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi berkata, pihaknya masih menyiasat motif pembunuhan dan sedang mendapatkan perintah reman untuk ketiga-tiga suspek

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain