Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada M.A. Ambika, 60, ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.

Warga emas itu didakwa mendera Adelina Lisao dengan mengabaikan wanita itu dan mendatangkan kecederaan di sebuah rumah di Taman Kota Permai di sini.

Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Di mahkamah sama, anak Ambika, R. Jayavartiny,36, turut didakwa di bawah Seksyen 55 B (1) Akta Imigresen kerana menggaji pekerja asing iaitu Adelina tanpa pas pekerja yang sah.

Dia yang mengaku tidak bersalah dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menanti sebutan semula kes pada 19 April ini. - UTUSAN ONLINE