MOHAMAD TAIB
MOHAMAD TAIB

Mangsa berusia 38 tahun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada pukul 9.30 malam semalam setelah dirujuk ke hospital berkenaan selepas disyaki mengalami pendarahan dalaman otak.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, suami mangsa yang berusia 40 tahun ditahan selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Sepetang pada pukul 9.15 pagi kelmarin.


Menurut beliau, suami mangsa memberitahu bahawa dia telah memukul isterinya sehingga cedera dan tidak sedarkan diri dan mangsa dihantar ke Hospital Taiping dengan menggunakan ambulans.


Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan pagi ini mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh kecederaan kepala akibat trauma tumpul.


“Kes pada awalnya disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. Suami mangsa direman selama tiga hari sehingga esok.


“Bagaimanapun, tangkapan akan dimohon untuk disambung reman pada esok untuk siasatan lanjut. Kes telah diklasifikasi semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE