USAHA mencari wanita yang hilang selepas kali terakhir dikesan masuk ke hutan di Betong, Sarawak giat dijalankan.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, mangsa, Shamsiah Norumur, 55, mula sejak tiga hari lalu namun ditemukan orang awam ketika mangsa berjalan kaki dari Sedarat, Engkelili menuju ke arah Skrang, Sri Aman.

Menurutnya, pihaknya mendapat maklumat berhubung kehilangan wanita itu semalam selepas mangsa gagal ditemukan.

“Kita telah memulakan operasi dan menyelamat (SAR) pukul 8.30 pagi ini dan dua kumpulan SAR dibahagikan dalam pencarian itu.

“Berdasarkan maklumat, mangsa telah masuk ke hutan berhampiran Rumah Panjang Memaloi Skrang dan terus hilang. Jadi radius pencarian telah diperluas dalam 500 meter dari kawasan penemuan barang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah jurucakap itu, operasi SAR melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong serta pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.-UTUSAN ONLINE