Dalam kejadian kira 10.30 malam itu, mangsa Wan Mohd. Zain Wan Hussain, 46, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan sebelum kejadian, mangsa yang membonceng 'motosikal tambang' telah ditahan oleh polis untuk pemeriksaan.

Ketika polis sedang menjalankan pemeriksaan, sekumpulan lelaki lengkap dengan senjata api telah melepaskan tembakan rambang ke atas pasukan keselamatan sehingga terkena Wan Mohd. Zain.

Bukan itu sahaja, dikatakan sebutir bom yang diletakkan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian telah meletup selepas insiden berkenaan.

Jenazah mangsa kini di bawa ke Hospital Narathiwat untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya di Kampung Ketil.

Sementara itu, abang mangsa, Wan Pa Wan Hussain, 58, berkata, dia dan keluarga mengetahui kejadian tersebut pada pukul 12 tengah malam.

Katanya, ahli keluarga mangsa sudah ke Thailand untuk urusan membawa balik jenazah mangsa ke Pengkalan Kubor. - UTUSAN ONLINE