Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi apabila sebuah treler dikatakan hilang kawalan dan tidak sempat membrek di laluan mendaki sehingga merempuh beberapa buah kenderaan.

Akibat kemalangan itu, seorang lelaki dipercayai cedera ringan dan dihantar ke hospital berhampiran bagi rawatan lanjut.

Difahamkan, sebaik sahaja kejadian, pemandu treler itu cuba melarikan diri namun sempat dihalang orang awam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, maklumat awal mendapati kemalangan melibatkan sembilan kenderaan iaitu tujuh buah kereta, treler serta motosikal.

Bagaimanapun, pihaknya masih mengumpul maklumat dan laporan berhubung kejadian itu.-UTUSAN ONLINE