Majistret Mohd Syukri Mokhtar memerintahkan pasangan yang masing-masing berusia 47 dan 53 tahun itu ditahan bagi disiasat lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Kedua-dua suspek ditahan SPRM kerana disyaki mempunyai kaitan dalam kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000 membabitkan Biro Tatanegara (BTN) pada 2016.

Pasangan terbabit ditahan pada pukul 3 petang semalam selepas memberi keterangan di pejabat SPRM di sini.

Pada minggu lalu, SPRM telah menahan reman lima suspek termasuk dua Penolong Pengarah Kanan BTN dan tiga lagi individu lain bagi siasatan kes sama.

Pasangan suami isteri yang direman hari ini merupakan antara pemilik salah sebuah syarikat daripada 43 syarikat yang dikesan terlibat dalam kes tuntutan palsu berkenaan. – UTUSAN ONLINE