Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

“Kita juga menasihatkan orang ramai supaya tidak menularkan video tersebut kerana kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, Asisten Superintenden Azrizal Khairul Abd. Kadir (019-2769117) atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-4042233.

Semalam, satu laporan polis dibuat mangsa yang bertugas sebagai juruoptik mendakwa suspek telah melakukan perbuatan tersebut ketika dia sedang menjalankan pemeriksaan mata terhadap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman.

Suspek juga telah dipecat daripada menjadi pegawai khas Mohd. Azis selepas timbalan menteri itu mengeluarkan satu kenyataan berhubung kes tersebut semalam. - UTUSAN ONLINE