Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @blackmerz101 itu, lelaki tersebut cuba merayu daripada anggota penguat kuasa supaya kenderaannya tidak diambil tindakan namun tidak diendahkan.

Keadaan kemudiannya dilihat tegang apabila lelaki tersebut mula membuat provokasi dan cuba menghalang tugas anggota penguatkuasa tersebut.

Kemudian berlakunya tolak-menolak dan pergelutan di antara lelaki tersebut dengan salah seorang anggota penguat kuasa yang bertugas namun dapat dileraikan oleh seorang anggota penguat kuasa yang lain. - UTUSAN ONLINE