Bas tersebut yang datang dari Kota Bharu menuju ke Johor Bahru disita dalam Op Pengangkutan Berat dijalankan pihak trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD( Pasir Puteh dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Kelantan, Superintenden S. Markandan berkata, pemandu bas dalam lingkungan usia 30-an itu mengaku aktif membawa penumpang sejak setahun lalu biarpun dia tidak memiliki Lesen Kenderaan Motor (LKM).

S. MARKANDAN memberi nasihat pemanduan berhemah kepada pemandu lori di sekatan jalan raya Bukit Yong

S. MARKANDAN memberi nasihat pemanduan berhemah kepada pemandu lori di sekatan jalan raya Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan, awal pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Menurutnya, memandangkan bas tersebut telah disita, syarikat pengendalinya diarahkan menguruskan pemindahan para penumpang untuk menaiki bas lain.

"Kita yakin masih ada lagi pemandu berani memandu bas persiaran dan ekspres walaupun mereka tidak memiliki lesen sah. Mereka fikir boleh terlepas kerana menyangka pihak berkuasa tidak menjalankan pemeriksaan. 

PROSES ujian air kencing turut dijalankan kepada pemandu dan penumpang yang mencurigakan. - UTUSAN O

PROSES ujian air kencing turut dijalankan kepada pemandu dan penumpang yang mencurigakan. - UTUSAN ONLINE

"Bagi saya, pengusaha syarikat bas yang terbabit sebenarnya tidak amanah kerana membiarkan perkara itu berlaku sedangkan keselamatan penumpang adalah di bawah tanggungjawab mereka," katanya ketika ditemui.

Markandan memberitahu, operasi bersepadu bermula pada pukul 9 malam hingga 3 pagi turut membuat ujian air kencing terhadap kira-kira 60 penumpang pengangkutan awam dan daripada jumlah itu, 10 penumpang ditahan kerana didapati positif dadah.

SEBAHAGIAN warga asing dan rakyat tempatan yang ditahan kerana positif dadah menerusi Ops Kenderaan

SEBAHAGIAN warga asing dan rakyat tempatan yang ditahan kerana positif dadah menerusi Ops Kenderaan Berat di Bukit Yong, Pasir Puteh, Kelantan, malam tadi. - UTUSAN ONLINE

"Sebanyak 500 kenderaan berat diperiksa dan 30 saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang operasi dilakukan. - UTUSAN ONLINE