Bapanya, Mohd. Ghaddafi Mat Karim, 43, mengesahkan perkara itu dan memberitahu anaknya meninggal dunia pada pukul 2.05 petang, tadi.

Akhbar sebelum ini melaporkan kedua-dua belah kaki Mohamad Thaqif Amin yang bertukar lebam terpaksa dipotong hingga paras betis setelah dijangkiti kuman dan darah beku.

Ibu pelajar terbabit, Felda Wani Ahmad, 40, mendakwa anak ketiga daripada lima beradik itu beberapa dipukul dengan paip getah oleh seorang pembantu warden pusat madrasah tahfiz berkenaan.

Susulan laporan polis yang dibuat ibu mangsa di Balai Polis Ulu Tiram pada 18 April lalu, polis menahan lelaki berusia 29 tahun itu bagi membantu siasatan.

Pagi ini, doktor di Hospital Sultanah Ismail (HSI) sepatutnya melakukan pembedahan tangan kanan Mohd. Thaqif Amin, tetapi terpaksa ditangguh ekoran keadaan jantungnya yang tidak stabil. - UTUSAN ONLINE


Video oleh NUR AISYAH MAZALAN