SIMI ABDUL GHANI
SIMI ABDUL GHANI

Seorang daripada me­reka yang merupakan juruteknik TM direman selama lima hari selepasMajistret Ho Kwong Chin mengeluarkan perintah itu di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini kira-kira pukul 11 pagi.

Sementara empat lagi termasuk tiga juruteknik dan seorang pembantu makmal sebuah sekolah di Johor direman selama tujuh hari selepas perintah dikeluarkan Penolong Mahkamah Sesyen/Majistret Seremban, Emysuriana Ahmad di Mahkamah Khas Reman Negeri Sembilan.



Terdahulu, kesemua mereka ditahan di SPRM Kuala Lumpur dan SPRM Negeri Sembilan antara pukul 8 malam dan 10 malam semalam.

Menurut sumber, juruteknik TM berusia 42 tahun yang ditahan di Kuala Lumpur disyaki bersubahat dengan kontraktor TM mengemukakan 55 dokumen maintenance order yang mengandungi butiran palsu.

Ujarnya, dokumen palsu itu dikeluarkan bertujuan untuk me­ngeluarkan kabel daripada stor TM.

“Tiga juruteknik pemasangan dan seorang pembantu makmal berusia 23 hingga 32 tahun yang ditahan di Negeri Sembilan pula disyaki bersubahat dengan kakitangan TM yang menerima rasuah berjumlah RM7,650 untuk membawa keluar drop fiber berjenama Lite Kabel,” katanya.

Tambahnya, kes di­siasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd. Ghani ketika dihubungi mengesahkan tangkapan-tangkapan tersebut dan memberitahu kesemua mereka ditangkap susulan siasatan terhadap 12 individu yang ditahan pada Rabu lalu.

“Siasatan masih sedang berjalan dan kami dalam proses mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai boleh membantu siasatan kes ini,” jelasnya.

Tambah Simi, jumlah individu yang direman bagi membantu siasatan kes TM kini mencecah 17 orang.