Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, program rondaan berkala itu akan dilakukan setiap hari bagi membantu Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Unit Kereta Peronda (MPV).

“Kira-kira 140 penduduk dari empat KRT sekitar kawasan Pelangi Damasara akan membantu kita dalam program pencegahan jenayah.

“Satu kumpulan dianggotai tujuh atau lapan orang petugas dan ini merangkumi tiga syif untuk 24 jam setiap hari,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Bersama Penduduk di Damansara di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zani, usaha ini dapat membantu membanteras gejala jenayah seperti penagihan dadah, gejaja melepak serta gejala sosial.

Tambahnya, ini termasuk isu imigran yang kerap menimbulkan masalah tingkah laku di kawasan setempat. - UTUSAN ONLINE