Video Oleh Fauzi Suhaimi

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, suspek tiga beranak tersebut ditahan di kediaman mereka di penempatan Telipok, di sini Sabtu lalu.

Menurutnya, selain tiga suspek, polis turut menahan enam individu lain yang dipercayai anggota sindiket di dua buah rumah di penempatan yang sama.

Susulan tangkapan itu ujarnya, dua lagi suspek lelaki warga Pakistan turut ditahan di sebuah  kedai di Tuaran yang dipercayai pembeli barangan curi sindiket itu.

"Tangkapan terdiri daripada tiga wanita dan lapan lelaki berusia antara 11 hingga 48 tahun.

"Sindiket terancang itu menyasarkan pasar raya yang mempunyai kawalan keselamatan yang lemah dan barangan yang diambil terdiri daripada barangan kosmetik, penjagaan diri dan pakaian," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE