KUALA LUMPUR 13 Jan. - Seorang juruteknik Telekom Malaysia (TM) dipercayai terbabit dalam kegiatan salah guna kuasa dan rasuah melibatkan pengeluaran kabel dari stor direman selama lima hari bermula hari ini.
Dia yang merupakan seorang dari lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur dan SPRM Negeri Sembilan antara jam 8pm dan 10pm semalam.
Suspek yang berpakaian lokap dan diiring pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat memasuki Ibu pejabat Polis (IPD) Dang Wangi pada pukul 10.30 pagi dan keluar pada pukul 12.17 tengah hari.
Perintah reman terhadap semua individu itu dikeluarkan oleh Majistret, Ho Kwong Chin di IPD Dang Wangi sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE
Video oleh NUR NAZLINA NADZARI