Pengarah Bahagian Udara JBPM, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba (PKPjB) Nazili Mahmood berkata, pihaknya kini sedang mengkaji dan satu kertas cadangan akan diserahkan kepada kerajaan untuk dipertimbangkan.

Menurutnya, ketika ini JBPM mempunyai tiga pangkalan udara di seluruh Malaysia dan hanya sebuah sahaja milik bomba.

“Sebuah pangkalan udara di Bertam, Pulau Pinang sahaja milik tetap Bomba manakala pangkalan operasi di Miri, Sarawak dan pangkalan udara Subang di sewa.

“Tapak pangkalan yang disewa telah lama dan kos operasi jangka panjang tinggi berbanding pangkalan milik tetap yang jauh menjimatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Lawatan Kerja Rasminya di Pangkalan Udara Subang JBPM.

Nazili memberitahu, pangkalan itu akan dibina di atas tanah seluas 10 ekar yang diperoleh pada 2006 dan terletak bersebelahan dengan landasan Lapangan Terbang Subang.

“Kawasan itu dilihat bersesuaian dan dengan pembinaan pangkalan tersebut ia mampu mengurangkan kos operasi, penjagaan aset udara lebih terjaga dan operasi kebombaan akan lebih baik,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

 

Video oleh Basir Abu Bakar