Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 23 hingga 49 ditahan di Kelantan Kedah dan ibu negara dalam tujuh serbuan berasingan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, antara dadah yang dirampas melibatkan ganja, cocaine, pil Yaba dan Erimin 5.

"Kesemua tangkapan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE