Komander pasukan itu, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, serbuan pertama pada pukul 4 petang semalam di sebuah rumah tidak bernombor dan tanpa penghuni di Kampung Raja Dagang, di sini dan membawa kepada penemuan bungkusan plastik daun ketum seberat 500 kg.

Katanya, serbuan kedua dibuat di rumah di Kampung Beris Lampu, Kuala Besut pada pukul 3 pagi ini dan membawa kepada penahanan seorang lelaki berusia 49 tahun bersama satu bungkusan daun ketum seberat 11 kg.

"Hasil pemeriksaan turut menemui satu periuk besar berisi daun ketum yang direbus di ruang dapur dan 59 bungkusan cecair disyaki air ketum yang siap dibungkus untuk di pasaran serta 11 botol cecair ubat batik.

"Polis juga turut menemukan dua bungkusan lagi daun ketum seberat 26 kg di dalam sebuah kereta Alphard. Kesemua barang bukti yang dianggarkan bernilai RM108, 290 dibawa pulang ke markas," katanya dalam sidang akhbar di Markas Taktikal PPM Tok Bali, di sini hari ini.

Menurut beliau, suspek yang masih dalam jaminan polis berkaitan kes sama kini ditahan mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Norzaid berkata, operasi yang sama akan diperhebatkan terutama di kawasan pesisiran pantai di mana serbuan pantas akan dijalankan menerusi risikan dan makkumat awam. - UTUSAN ONLINE