Kesemua mereka ditahan dalam serbuan pada pukul 9 malam bersama empat ketulan mampat ganja seberat 733 gram, sebuah bekas berisi tiga gram serbuk ganja serta beberapa keping biskut mengandungi dadah itu yang dianggarkan bernilai RM7, 470.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kesemua suspek berumur antara 24 hingga 27 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Seorang daripada suspek merupakan warga asing. Kesemua mereka direman sehingga 25 Mei ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE