Video Oleh AZMAN ASMAYATIM

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi itu, kesemua motosikal terbabit musnah keseluruhannya manakala empat kereta pula mengalami kerosakan kira-kira 20 peratus di bahagian hadapan.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Butterworth berjaya mema­damkan kebakaran dalam masa kira-kira 15 minit, namun kese­mua motosikal itu hangus.

Menurut seorang mangsa, Mohd. Shafikal Romeno, 20-an, ketika kejadian, kebanyakan pengguni flat itu sedang tidur sebelum mereka terdengar bunyi bising dari bawah flat.

“Ketika tiba di kawasan bawah flat, saya lihat api telah marak dan kami tak dapat berbuat apa-apa. Hanya boleh tengok sahaja dua buah motosikal dan sebuah kereta saya hangus.

“Memang ralat sebab tak tahu apa punca. Saya pun tak berani nak kata sama ada terdapat pihak yang nak lakukan khianat atau dendam dengan penduduk di sini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, bagi N. Rama­lingam, 49, dia yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi bising di bawah flat dan apabila turun ternampak api telah marak membakar motosikal di situ.

Katanya, kejadian berlaku dengan pantas dan ramai penduduk tidak sempat menyelamatkan motosikal masing-masing menyebabkan mereka mengalami kerugian besar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor yang mengesahkan kejadian itu memberitahu, lokasi kejadian tidak dilengkapi kamera litar tertutup sekali gus menyukarkan siasatan daripada pihak bomba dan polis.

Katanya, sehingga kini pihak­nya masih mengesan saksi kejadian dan siasatan akan dijalankan dari pelbagai aspek. 

“Polis meminta sesiapa yang ada maklumat berkaitan kejadian ini agar tambil membantu siasatan,” ujarnya.