Video oleh MOHD. SHAHARANI SAIBI

Timbalan Pengurus Besar bersama tiga lagi pengurus berlainan jabatan berusia antara 36 hingga 48 tahun itu yang bertugas di Ibu pejabat Nafas dikenakan perintah reman selepas Majistret Khairul Nizam Abu Bakar membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM, keempat-empat pengurusan ter­tinggi Nafas itu disyaki menerima suapan dalam bentuk percutian golf ke Jakarta, Indonesia berjumlah RM10,000 daripada sebuah syarikat.

Jelas sumber, suapan tersebut dipercayai sebagai balasan meluluskan projek penghantaran jentera ke negara tersebut kepada syarikat berkenaan pada 2015.

Kesemua mereka ditahan di Pejabat SPRM Selangor dan Putrajaya antara pukul 5.45 petang hingga 9 malam semalam bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang tinggi, jika sabit kesalahan.