Kesemua daun ketum itu mencukupi untuk kegunaan seramai 20,000 orang.


Dalam operasi oleh Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) di tiga lokasi berbeza di negeri ini pada 29 April lalu, seramai 18 ahli kumpulan itu ditahan.


Kesemua mereka terdiri daripada 14 lelaki warga tempatan dan empat lelaki Thailand.


Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, kesemua daun ketum itu dibungkus kecil-kecil dan dimasukkan ke dalam 33 buah guni.


“Ini merupakan rampasan daun ketum terbesar PDRM bagi tahun ini setakat ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Yang turut hadir Ketua Polis negeri, Datuk Ab. Rashid Ab. Wahab. - UTUSAN ONLINE


Video oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI